Almy Nadia Mahu Sagat Muka Wanita Cuba Goda Fizz Fairuz

Belum reda isu Alif Aziz, Pelakon Almy Nadia pula tampil beri amaran supaya wanita di luar sana tidak menganggu rumah tangganya sekali gus merampas suaminya, Fizz Fairuz.

Menerusi status yang dimuat naik di akaun Instagramnya, Almy menulis kapsyen berbunyi, “Ini adalah suami kami tau, dia dah ada anak dara 3 orang tau. Jangan sesiapa cuba nak rembat laki kami. Jangan cuba-cuba tau.

“Laki kami ni pemurah sikit, senang tabur duit kat orang, senang lembut hati, laki kami ni baik walaupun nampak garang. Cuma nak beritahu, ini laki kami.

“Sapa cuba laki kami, muka dia akan kena sagat dekat jalan tar tau. Takut zaman sekarang, bahaya, kami cuma jadi diri kami saja,” tulisnya.

Sebelum ini, rumah tangga Almy pernah dilanda masalah apabila seorang pelakon baharu mendakwa digoda oleh Fizz ketika berlakon bersama dalam sebuah drama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.