10,000 Sertai Zikir Perdana Sedunia 2017

PUTRAJAYA – Kira-kira 10,000 umat Islam membanjiri Masjid Putra di sini bagi mengimarahkan program Zikir Perdana Sedunia 2017, semalam.

Turut hadir pada program anjuran Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (Pertama) itu ialah Menteri-menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Datuk Seri Shahidan Kassim.

Seramai 150 ulama dari dalam negara dan 38 negara lain turut menyertai program itu.

Bertemakan ‘Islam adalah Keamanan’, program berkenaan yang bermula pada 4 petang hingga 10 malam itu diselang seli dengan bacaan Al-Quran, berzikir, berselawat, ceramah agama dan solat berjemaah, lapor Bernama.

Jualan terak makanan oleh golongan asnaf turut diadakan di Dataran Masjid Putra bagi membangunkan ekonomi mereka di samping menarik kehadiran pengunjung.

Program itu, yang dicetuskan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, diadakan buat pertama kali pada tahun lepas untuk menggalakkan pergerakan kebangkitan ketamadunan Islam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.