Yang di Pertuan Agong Berkenan Hadir Istiadat Sambutan Hari Pahlawan

KUALA LUMPUR – Yang di Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah hari ini berangkat menghadiri Istiadat Sambutan Hari Pahlawan 2015 di Dataran Merdeka di sini.

 

Ketibaan baginda berdua pada pukul 8.30 pagi diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

 

Yang turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein serta menteri-menteri Kabinet lain.

 

Selain itu, yang turut sama Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkefli Mohd Zin. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.