Video: Pengguna Buat Aksi ‘Spiderman’ Naik Eskalator

Kuala Lumpur – Susulan insiden tragis menimpa seorang wanita berusia 30 tahun yang ‘ditelan’ eskalator di sebuah pusat membeli-belah di Jingzhou, China baru-baru ini, kini ramai pengguna tangga bergerak mula fobia dan mengalami sindrom dramatik ketika menggunakan eskalator.

 

Menerusi video yang dikongsi di laman sosial sejak semalam, orang ramai yang menggunakan eskalator dilihat ketakutan dan mula melakukan aksi pelik setiap kali menaiki tangga bergerak.

 

 

Berdasarkan video tersebut, pelbagai gaya unik ditunjukkan di saat pengguna tiba di hujung eskalator yang mana sebahagian daripada mereka melompat, berjalan di bahagian tepi eskalator dan memeriksa bahagian lantai terlebih dahulu sebelum melaluinya.

 

Lebih menarik, pengguna media sosial, Weibo turut berkongsi kaedah tersendiri di mana menggunakan payung atau batang kayu bagi memeriksa kestabilan lantai sebelum seseorang percaya bahawa lantai berkenaan selamat.

 

 

Malah, tidak kurang juga segelintir individu dilihat mempamerkan aksi ala-ala ‘spiderman’ atau meniarap di bahagian selusur eskalator.

 

Nyata, aksi-aksi yang dipamerkan mencuit hati ramai pengguna media sosial, selain menyatakan ia satu kaedah yang boleh ‘dipratikkan’ setiap kali menaiki tangga bergerak itu.

 

Terdahulu, Xiang Liu Juan, 30, maut ketika menggunakan eskalator untuk menaiki tingkat atas sebuah pusat membeli-belah apabila lantai yang dipijak tiba-tiba runtuh mengakibatkan dia terjunam ke dalam lubang.

 

Bagaimanapun, dia sempat menyelamatkan anak lelakinya dengan menghulurkan kepada dua wanita yang berada berhampiran eskalator tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.