Video: Masih Bernyawa Selepas Terjatuh Dari Tingkat 17

Santiago – Panjang umur. Itu yang dapat digambarkan kepada nasib seorang lelaki berusia 23 tahun apabila terselamat selepas terjatuh dari tingkat 17 balkoni sebuah pangsapuri di Chile, di sini baru-baru ini.

 

Dalam kejadian yang penuh ‘keajaiban’ itu, mangsa, Sebastian Reyes dikatakan sedang berparti bersama rakannya di beranda pangsapuri tersebut sebelum hilang keseimbangan lalu jatuh terjunam ke bawah.

 

 

Berdasarkan sebuah rakaman video, Reyes bernasib baik apabila terjunam jatuh ke atas bumbung kanvas yang dijadikan sebagai tempat parkir kenderaan.

 

Akibatnya, Reyes mengalami kecederaan parah dimana patah di bahagian pinggul dan paha.

 

Dia pada mulanya berada dalam keadaan kritikal, bagaimanapun pihak hospital membenarkannya dibawa keluar.

 

Bercakap kepada media tempatan, Reyes menyatakan bahawa dia tidak ingat apa-apa mengenai insiden berkenaan.

 

“Saya dapat rasa ketika jatuh tetapi saya tidak ingat yang lain. Saya hanya bangun di hospital,” katanya.

 

Ditanya lagi bagaimana dia boleh terus hidup, Reyes menunjukkan tatu di lengannya yang tertera perkataan;

 

“Tuhan jangan tinggalkan daku”.

 

Sementara itu rakanya, Esteban Faundez yang berada di tempat kejadian menyatakan Reyes sempat menjerit memanggilnya ketika terjatuh ke bawah.

 

“Ketika dia jatuh, dia sempat memanggil kami dan apabila pergi melihatnya, dia terjatuh di atas tempat kawasan letak kereta,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.