Tun Mahathir Sokong Zahid Sebagai TPM

Kuala Lumpur – Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat menyokong perlantikan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahamd Zahid Hamidi Mohamad yang dilantik mengantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam rombakan kabinet yang dilakukan baru-baru ini.

 

Beliau ketika diminta mengulas mengenai perlantikan tersebut berpendapat pemilihan Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri adalah merupakan satu pilihan yang tepat.

 

“Beliau (Ahmad Zahid) layak seperti juga yang lain,” kata Dr Mahathir.

 

Pada masa yang sama, Tun Mahathir turut ditanya mengenai khabar angin yang melibatkan anaknya iaitu Datuk Seri Mukhriz Mahathir selaku Menteri Besar Kedah akan digugurkan dari jawatannya.

 

“Saya tidak tahu. Sesetengah pihak akan gembira, dan sesetengah pihak lagi sebaliknya. Yang pasti, jika seorang ahli politik ‘kehilangan kedudukannya’ tempatnya akan digantikan individu lain kerana ramai masih menunggu untuk memenuhi ‘kekosongan’ itu,” ujar veteran politik itu lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.