Sharnaaz Tak Kecewa Putus Dengan Anis

Aktor terkenal, Sharnaaz Ahmad mengakui dirinya kembali solo selepas hubungannya dengan pelakon Anis Al Idrus terputus hampir lima bulan lalu.

 

Bagaimanapun pelakon berusia 29 tahun itu enggan mendedahkan punca sebenar perpisahan mereka.

 

“Hubungan kami sudah lama terputus iaitu sejak lima bulan lalu. Malah ketika kami sama-sama menghadiri Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) April lalu, hubungan kami bagai retak menanti belah.

 

Keputusan untuk berpisah ini kami buat bersama-sama. Tak perlulah nak didedahkan apakah puncanya Cuma apa yang boleh dikatakan hubungan ini memang tidak dapat diteruskan,” katanya.

 

Walaupun kembali bersendirian namun Sharnaaz menafikan perpisahan itu membuatkan dirinya rasa sedih.

 

“Saya tak rasa apapun. Apa yang penting sekarang ini saya mahu fokus dalam bisnes. Saya mahu menjadi jutawan sebelum usia saya 30 tahun,” katanya yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama rantaian berjudul Mencintaimu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.