Selepas Muhyiddin, UMNO Tanjung Malim Pula Batal Hasrat Jemput Mukhriz

Kuala Lumpur – Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Tanjung Malim membatalkan hasrat untuk menjemput Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir bagi merasmikan persidangan serentak sayap yang dijadualkan pada esok hari.

 

Menurut Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib ketika dihubungi SuataTV, keputusan itu dibuat bagi memastikan suasana politik di peringkat bahagian kekal aman tanpa sebarang perpecahan.

 
“Saya telah berbincang dengan ketua-ketua Sayap dan kami mengambil kata sepakat untuk membatalkan hasrat menjemput Datuk Seri Mukhriz  dan mengantikan beliau dengan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bagi merasmikan persidangan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri.

 
” Keputusan ini dibuat bagi menjaga suasana aman politik di Tanjung Malim agar tiada sebarang masalah kerana kami tidak mahu unsur-usnur yang boleh memecah belahkan sokongan rakyat terhadap kepimpinan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak” katanya kepada SuaraTV sebentar tadi.

 

Makluman mengenai pembatalan hasrat itu telah dihantarkan kepada pejabat Menteri Besar petang tadi.

 

Menurut Khusairi pembatalan jemputan itu dibuat bagi mengelakkan ahli UMNO di Tanjung Malim terkeliru dengan keadaan politik negara yang agak panas kebelakangan ini.

 

“Sebelum ini kami telah menerima makluman, beliau (Mukhriz) telah bersetuju untuk hadir, walau bagaimanapun setelah mempertimbangkan semula kami terpaksa membatalkan hasrat tersebut.

 

“Antara faktor utama adalah disebabkan kanduangan ucapan Mukhriz ketika majlis perasmian serentak sayap pergerakan UMNO bahagian Cheras tempoh hari kerana kami dapati ucapan tersebut sekiranya diucapkan di Umno Bahagian Tanjung Malim boleh menimbulkan kekeliruan kepada ahli-ahli UMNO khususnya para perwakilan” ujarnya lagi.

 

Khusairi turut menjelaskan beliau bertanggungjawab dan tidak mahu mengambil sebarang risiko perpecahan dalam memastikan kemenangan kerusi parlimen dan dewan undangan negeri (DUN) di Tangjung Malim pada pilihanraya akan datang.

 

“Kami tidak bersedia untuk berdepan dengan sebarang unsur yang boleh memecah-belahkan sokongan pengundi.

 

“Tambahan pula kepimpinan dan ahli-ahli UMNO di bahagian teguh berdiri dengan kepimpinan Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden” katanya pula.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.