PM Jumpa Semua Ketua Bahagian UMNO Petang Ini

Kuala Lumpur – Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan mengadakan pertemuan dengan semua Ketua UMNO Bahagian.

 

Dalam pertemuan yang akan diadaan di kediamannya pada jam 5.30 petang ini, ia turut membabitkan tujuh Menteri Besar dan dua Ketua Menteri.

 

Memetik lapora The Star Online, Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu, Datuk Seri Mohamed Hasan berkata, perjumpaan itu sememangnya tepat pada masanya.

 

Menurut laporan portal itu, pertemuan berkenaan diadakan bagi menjelaskan situasi politik semasa.

 

Ia dikaitkan dengan susulan rombakan kabinet pada Selasa lalu, di mana Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal digugurkan jawatan sebagai menteri.

 

Ia juga dikatakan bagi menjelaskan kepada mereka berhubung pelantikan Peguam Negara yang baru.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.