Pemimpin Umno Hadir Sesi Taklimat Bersama PM

Putrajaya – Beberapa pemimpin Umno dilihat mula memasuki kediaman rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Seri Perdana bagi menghadiri sesi taklimat berhubung perkembangan politik semasa negara.

 

Mereka adalah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dan Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mohamad.

 

Kesemua mereka dilihat memasuki kediaman Najib pada jam 5.20 petang tadi.

 

Sementara itu Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamed Hasan hadir kira-kira jam 5.30 petang tadi.

 

Perjumpaan itu dikatakan sebagai memaklumkan beberapa isu semasa susulan rombakan kabinet dan pelantikan Peguam Negara yang baru.

 

Puluhan media membanjiri perkarangan Seri Perdana bagi memaklumkan perkembangan terkini perjumpaan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.