Lebih 15,000 Dijangka Sambut Zahid Di Bagan Datoh Sabtu Ini

BAGAN DATOH – Lebih 15,000 rakyat pelbagai kaum dijangka menyambut kepulangan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ke kawasan parlimennya itu, Sabtu ini.

 

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bagan Datoh, Khairuddin Termizi berkata, selain akan diberikan penghormatan sebagai seorang ‘wira’, kepulangan Ahmad Zahid dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan meraikan pelantikannya itu akan dimeriahkan dengan perarakan konvoi bermotosikal.

 

“Pada mulanya kita hanya ingin mengadakan Jamuan Rumah Terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri, namun apabila beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, kita ubah acara kepada sambutan sempena pelantikannya.

 

“Ini sebagai tanda penghargaan warga Bagan Datoh dan rakyat Perak kepada beliau,” katanya ketika ditemui di Wisma UMNO Bagan Datoh di sini hari ini.

 

Menurut Khairuddin, acara ter­sebut akan bermula dengan Ahmad Zahid yang menaiki kereta diarak de­ngan 200 motosikal kira-kira dua kilometer, bermula dari Pusat In­dustri Kancil, Simpang Empat menghala ke bangunan Wisma UMNO Bagan Datoh.

 

Beliau berkata, Ahmad Zahid kemudiannya akan menyertai dan bermesra dengan rakyat yang hadir dalam jamuan berkenaan.

 

“Seluruh rakyat Bagan Datoh menunggu dengan penuh debaran kepulangannya yang kini merupakan pemimpin kedua tertinggi kerajaan.

 

“Saya juga mewakili seluruh rak­yat Bagan Datoh mengucapkan ri­buan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas pelantikan tersebut yang menjadi kebanggaan kami semua,” katanya. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.