Kerana Kenyataan “Esok”, Ahmad Maslan Kena Troll Di Media Sosial

Kuala Lumpur – Mantan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 27 Julai lalu pernah menyuarakan pendapatnya, menyatakan Barisan Nasional akan kalah sekiranya Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan ‘esok’ (dalam masa terdekat).

 

Bersangkutan itu, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Ahmad Maslan semalam seakan menyangkal pernyataan berkenaan dengan mengatakan PRU hanya berkemungkinan akan diadakan pada 2018.

 

“Kalau orang tanya saya jika esok pilihan raya, boleh ke tidak Barisan Nasional menang, saya jawab esok tidak lagi pilihan raya, itu jawapan saya,” ujarnya.

 

Sehubungan itu, laman Twitter dibanjiri dengan reaksi netizen yang kurang senang dengan kenyataan tersebut yang disifatkan sebagai acuh tidak acuh.

 

Menerusi hashtag #TweetGayaAhmadMaslan, pengguna Twitter memuat naik pelbagai Tweet yang dilihat memperolok pernyataan Ahmad sejak semalam.

 

@PikaYusak: “Jangan menyanyi dekat dapur, esok kahwin dengan orang tua” “Esok hari sabtu, belom kahwin lagi mak” #TweetGayaAhmadMaslan

 

@NabilHussein: “Mak, esok Mat dh kaya, Mat bawak mak pergi haji.” “Esok kau menganggur lg Mat.” #TweetGayaAhmadMaslan

 

@Acespada91: ‘Jangan boros sangat, nanti esok tua tidak ada simpanan’ ‘Esok aku belum tua’ #TweetGayaAhmadMaslan

 

@MrHazique: “Kalau orang tanya esok nk kawin org mana?” “Saya kata esok bukannya hari perkahwinan saya” #TweetGayaAhmadMaslan

 

@Hairilham: BF: Kalau esok saya dah berjaya, saya nak tunaikan janji saya kahwin dengan awak. GF: Jangan lah esok, esok kan SPM. #TweetGayaAhmadMaslan.

 

Pesanan orang dahulu kala lazimnya menggunakan perumpamaan ‘esok’ sebagai gambaran kemudian hari yang bakal menyusul.

 

Sejak implementasi Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April lalu, Ahmad yang pada ketika itu Timbalan Menteri Kewangan sering kali menjadi tumpuan ekoran status Twitter dan kenyataannya kurang diterima oleh para netizen dan golongan media.

One thought on “Kerana Kenyataan “Esok”, Ahmad Maslan Kena Troll Di Media Sosial

  • November 17, 2018 at 1:18 am
    Permalink

    Manusia tk cerdik hilang akal??
    Sapa pilih dia ni? Org awam lagi bijak pandai dari awak?? Duk diam lah merepek mengarut lah awak ni?? Bila lah dia ni nk cerdik?? Dulu kena perli kutuk sbb cetek akal??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.