Kerana Bergurau, Cedera Tertusuk Gunting

Kota Samarahan – Seorang murid tahun lima di sebuah sekolah di sini, cedera di muka akibat tertusuk gunting dalam satu kejadian yang berlaku di kantin sekolah di sini, pagi tadi.

 

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, muka Faiz Kamirin, 10, tertusuk gunting yang dimain rakannya ketika makan di kantin sekolah.

 

Status yang dimuat naik dari laman facebook Pendidiku2u, memetik, sumber yang berkata dalam kejadian itu rakan mangsa bermain gunting dan secara tidak sengaja tertusuk muka kiri mangsa, hanya beberapa inci dari mata.

 

“Rakan mangsa kemudian memaklumkan mengenai kejadian itu kepada guru sekolah dan dibawa ke Pusat Jantung Samarahan.

 

“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut,” katanya.

 

Setakat ini, difahamkan mangsa masih di hospital, namun gunting itu sudah berjaya dikeluarkan.

 

Ketua balai polis di Kota Samarahan ketika dihubungi berkata sehingga tiada laporan polis dibuat berkenaan insiden berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.