Jangan Spekulasi Isu Akaun PM – TPM

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa semua pihak supaya tidak menimbulkan spekulasi sama ada wang RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

 

Semua pihak perlu menunggu hasil siasatan pasukan petugas khas ke atas 1MDB terlebih dahulu, katanya semasa mengulas satu video menunjukkan perbualan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

 

Menurut Zahid laporan Sarawak Report (SR) ke atas dokumen yang didakwa merupakan draf surat pertuduhan ke atas Najib berniat jahat untuk mewujudkan perspektif negatif.

 

Beliau turut menafikan kononnya ada dokumen atau surat akuan atau sama ada penangkapan dan pendakwaan dilakukan oleh Jabatan Peguam Negara kepada Perdana Menteri.

 

Menurutnya, Peguam Negara dan juga beberapa pegawai yang terlibat turut menafikan tidak ada dokumen seumpamanya yang dikeluarkan.

 

“Saya serahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) untuk ambil tindakan susulan ke atas SR yang jelas berniat jahat.

 

“Langkah-langkah susulan juga akan diambil oleh Ketua Polis Negara ke atas penerbitan berkenaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

 

Turut hadir, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

 

Beliau berkata mengulas penerbitan dokumen yang didakwa draf pertuduhan yang dibuat oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail ke atas Najib oleh SR yang menjadi viral semalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.