Hukuman Berat FAM Menanti Selangor

Kuala Lumpur – Keengganan pasukan Selangor melepaskan tonggak bagi perlawanan Pilihan Malaysia berdepan Liverpool tempohari akan mengheret mereka kepada hukuman FAM.

 

Setiausaha Agung Persatuan FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin menegaskan badan induk itu tidak akan berkrompomi dengan mana-mana pihak yang melanggar peraturan berhubung keengganan pasukan melepaskan pemain.

 

Red Giants tidak berganjak dengan keputusan mereka enggan melepaskan tiga pemain mereka pada perlawanan 24 Julai kerana menyifatkan ia memberi faedah kepada pemain, serta boleh menjejaskan mereka memberi saingan dalam kempen Liga Super.

 

Berdasarkan peraturan Liga Malaysia lampiran satu artikel 24, Hamidin menjelaskan Selangor boleh dikenakan hukuman berat.

 

Tindakan lanjut akan diputuskan Jawatankuasa Status selepas pihak seketeriat menerima laporan penuh daripada jurulatih kebangsaan, Dollah Salleh. – Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.