Butiran Terperinci Siasatan 1MDB Tidak Boleh Didedahkan – Peguam Negara

Putrajaya – Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, butiran-butiran terperinci berhubung perkembangan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak boleh didedahkan kepada umum bertujuan memelihara integriti siasatan yang sedang dijalankan.

 

Beliau menjelaskan, butiran-butiran itu termasuk arahan, nasihat, perintah atau panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) kepada Pasukan Petugas Khas yang menjalankan siasatan.

 

Selain jabatan itu, Pasukan Petugas Khas tersebut terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

 

Mohamed Apandi menyatakan, walaupun masyarakat perlu dimaklumkan berhubung perkembangan siasatan, butiran terperinci seperti kandungan kenyataan saksi-saksi perlu dilindungi dan tidak boleh didedahkan kerana hal tersebut melanggar undang-undang dan boleh mengganggu siasatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.