Bayi Setahun Maut Dilanggar Kereta Bapa

Kuantan – Seorang bayi lelaki berusia setahun maut setelah secara tidak sengaja dilanggar kereta yang sedang diundurkan bapanya di Kompleks Perumahan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kuantan pagi semalam.

 

Menurut Pemangku Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, ASP Zainalabidin Othman, mangsa Azeem Iskandar Ridzdwan maut semasa dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini.

 

Katanya kejadian berlaku pada pukul 8 pagi ketika bapa mangsa yang berumur 43 tahun yang juga anggota TLDM sedang mengundurkan kenderaan MPV untuk ke tempat kerja. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.