Australia Yakin Pencarian MH370 Dilakukan Di Kawasan Betul

SYDNEY – Australia yakin pencarian pesawat MH370 dilakukan di kawasan yang betul kerana serpihan sayap pesawat yang dihanyutkan ke Pulau Reunion adalah selari dengan zon pencarian.

 

“Kami kekal yakin bahawa kami mencari di tempat yang betul dan jika benar serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion dikaitkan dengan MH370, ia makin mengukuhkan lagi kes bahawa kami berada di lokasi yang tepat,” kata Menteri Pengangkutan dan Infrastruktur, Warren Truss.

 

Beliau berkata: “Hakikat bahawa serpihan pesawat ini ditemui di bahagian utara Pulau Reunion adalah selari dengan pergerakan arus di kawasan pencarian.” – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.