Australia Semakin Yakin Serpihan Milik Pesawat MH370

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai atasan Australia menyatakan pihak berkuasa yang mencari Penerbangan MH370 ‘semakin yakin’ bahawa serpihan yang dijumpai di sebuah pulau di Lautan Hindi berasal daripada kapal terbang yang hilang itu, menurut AFP.

 

Agensi itu melaporkan serpihan berukuran dua meter panjang itu akan dihantar ke Perancis untuk dianalisis, dengan harapan tinggi bahawa ia akan menjadi bukti pertama menunjukkan pesawat itu jatuh di Lautan Hindi.

 

Para penyiasat juga berharap mereka akan semakin hampir menyelesaikan misteri yang menyelubungi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) Boeing 777, yang hilang tanpa dapat dikesan 16 bulan lepas bersama 239 penumpang.

 

“Kami semakin yakin serpihan itu berasal daripada MH370.

 

“Bentuk objek itu kelihatan seperti bahagian tertentu yang dikaitkan hanya dengan pesawat 777,” kata Martin Dolan, Ketua Pesuruhjaya Biro Keselamatan Pengangkutan Australia yang mengetuai pencarian MH370, kepada AFP. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.