Waris Keluarga Reda Dengan Keadaan Mayat Nahas MH17

Kuching – Keluarga Tambi Jiee tetap reda walau bagaimanapun rupa bentuk keadaan mayat Allahyarham dan anggota keluarganya yang bakal mereka terima kelak.

“Kami berdoa agar walau sekecil dan sebesar mana pun (mayat), dapat dijumpai. Kalau dapat semua Alhamdulillah,” kata Drahman, abang sulung kepada Tambi, antara mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine pada 17 Julai.

Turut terkorban ialah isteri Tambi, Ariza Ghazalee, 46, dan empat orang anak mereka Muhammad Afif, 19, Muhammad Afzal, 17, Marsha Azmeena, 15, dan Muhammad Afruz, 13,

“Saya mendapatkan maklumat dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia yang menurut mereka, kalau mayat dijumpai walau sekecil mana pun, perlu dimandikan. Kalau tidak boleh dimandi, ditayammum dan dikapan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Turut hadir Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Drahman mengucapkan penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia yang turut memberi perhatian dan sokongan kepada mereka sekeluarga berikutan nahas itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.