Warga Emas Mati Dalam Keadaan Sedang Bersujud

Dungun – Seorang warga emas, Ambak Mohamad, 82, ditemui mati dalam keadaan sedang bersujud di rumahnya di Kampung Teluk Lipat, kelmarin.

Ambak ditemui meninggal dunia oleh anak saudaranya, Zulkifli Harun, 58, yang datang beraya ke rumahnya pada jam 5.30 petang, 1 Syawal lalu.

Allahyarham dipercayai meninggal dunia beberapa hari lalu berdasarkan keadaan mayatnya yang sudah berbau ketika ditemui.

Isteri Allahyaraham dan anak angkat mangsa, kedua-duanya mengalami masalah mental tidak menyedari kematian Ambak kerana menyangkakan arwah sedang tidur.

Zulkifli berkata memetik Harian Metro, “Allahyarham ditemui meninggal dunia atas sejadah dengan memakai kain pelekat di dalam sebuah bilik di rumahnya dan dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.