Tutup Akaun: Pelbagai Pihak Gesa Boikot HSBC,

Kuala Lumpur – Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman menyeru semua pengguna bank HSBC untuk menutup akaun mereka sebagai protes terhadap bank tersebut yang menyokong Israel dalam pergolakan yang sedang berlaku di Semenanjung Gaza sejak tiga minggu lalu.

Beliau yang menulis di laman Facebooknya berkata, “dengan berita ini, seluruh umat Islam dan pendokong kemanusiaan DIGALAKKAN menutup akaun bank HSBC mereka, termasuk HSBC Amanah. Sebagai menyahut tindakan HSBC menutup akaun orang Islam yang terlibat dalam kempen membantah serangan kejam Zionis Israel”.

“Banyak lagi Islamic bank yang lain di Malaysia. tukarlah ke bank-bank yang lain’ ujarnya lagi.

Media-media asing seperti Forbes, The Guradian, BBC dan banyak lagi sebelum ini melaporkan Hong Kong Dan Shanghai Bank (HSBC), United Kingdom telah menutup akaun bank beberapa pertubuhan Muslim dan orang perseorangan yang dikatakan mempunyai kaitan dengan perjuangan rakyat Palestin yang menentang penindasan regim Zionis.

HSBC dalam satu notis pemberitahuan sebelum ini memaklumkan untuk menutup beberapa akaun yang didakwa berisiko antaranya akaun milik Masjid Finsbury Park London, Yayasan Ummah Welfare Bolton, Cordoba Foundation.

Masjid Finsbury Park di utara London yang terkenal sebagai pusat dakwah Islam telah menerima notis daripada HSBC pada 22 Julai lalu mengenai penutupan akaun yang akan berkuat kausa pada 22 September 2014.

Ekoran tindakan itu, bank tersebut telah menerima kecaman dari pelbagai lapisan masyarakat dunia.

One thought on “Tutup Akaun: Pelbagai Pihak Gesa Boikot HSBC,

  • July 31, 2014 at 8:28 pm
    Permalink

    sokong. tutup akaun.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.