Tugas Saya Ambil Alih MB Selangor – Wan Azizah

Permatang Pauh – Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, ia merupakan tugas dan tanggungjawabnya untuk mengambil alih peranan sebagai Menteri Besar Selangor apabila parti sudah pun membuat keputusan berhubung perkara itu.

“Semua jawatan yang saya pegang adalah satu tanggungjawab.

“Malah tanpa jawatan pun, ia merupakan khidmat kepada rakyat,” katanya pada majlis keagamaan di masjid Permatang Nibong di sini, Rabu.

Mengenai dakwaan sebagai MB bahawa beliau sekadar “boneka” kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah berkata: “Beliau berada di penjara ketika saya dilantik sebagai presiden (parti).

“Mereka boleh mengkritik apa sahaja yang mereka mahu, tetapi kita mempunyai satu pasukan dan kerja sepasukan yang kita tekankan di sini,” katanya.

Majlis Pimpinan Pusat PKR pada minggu lalu mencadangkan Dr Wan Azizah untuk memegang jawatan Menteri Besar Selangor.

Pada Rabu lalu, keputusan parti untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipersetujui secara dasar oleh rakan sekutu Pakatan Rakyat, DAP dan PAS.

Bagaimanapun Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Jumaat lalu mempertahankan Khalid dengan menyatakan bahawa beliau mahu Menteri Besar Selangor itu dikekalkan.

Mengulas kenyataan Abdul Hadi itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, kenyataan Presiden PAS itu adalah pandangan peribadi dan bukannya pendirian rasmi parti.

Mursyidul Am PAS, Datuk Niz Abdul Aziz Nik Mat turut menyokong pandangan Abdul Hadi dengan menyatakan bahawa Khalid tidak melakukan sebarang kesalahan.

2 thoughts on “Tugas Saya Ambil Alih MB Selangor – Wan Azizah

  • July 31, 2014 at 4:14 am
    Permalink

    sepatutnya soal berkaitan MB Selangor ini perlu kata putus dari kepimpinan PR yang buat keputusan dalam mesyuarat…pihak lain jangan pandai-pandai buat komen sendiri hingga bolih menimbulkan provokasi dan kontraversi hingga bolih menjejas imej PR…perlu bijaksana dan matang dalam menyelesaikan masaalah agar ‘yang putus dapat disambung kembali;yang pecah dapat dicantum semula; yang retak tidak pecah’.

    Reply
  • July 31, 2014 at 5:19 am
    Permalink

    Hi awan putih,

    Saya merasakan anda telah tertipu dgn godaan PR sejak mula lagi. PR sendiri yg mulakan dan DSAI yg mulakan tapi anda cuba mengaitkan pihak lain pulak. Pendirian anda amat keji dan jijik.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.