Morsi Nyatakan Sokongan Terhadap Hamas

Kaherah – Selepas 23 hari krisis tercetus, bekas Presiden Mesir, Mohammed Morsi tampil memberi sokongan penuh kepada pejuang Hamas yang sanggup bermati-matian untuk mempertahankan wilayah Gaza.

“Saya sanjung dan tabik kepada pejuang Palestin yang tidak pernah putus asa menentang Israel. Kami sentiasa menyokong perjuangan mereka sejak dari awal,” katanya menerusi Facebook rasminya.

Ketika di bawah pemerintahan Morsi, kerajaan Mesir pernah menjadi perantaraan untuk menjayakan pelan gencatan senjata ketika Perang Lapan Hari tercetus di Genting Gaza pada 2012.

Kini, Amerika Syarikat dan negara Liga Arab menggesa tindakan sama dapat dilakukan Presiden Mesir yang baharu dilantik Abdel Fatah al-Sisi.

Namun, beliau dilihat gagal berbuat demikian malah menambahkan lagi penderitaan Palestin apabila menutup laluan sempadan Rafah, sehari selepas konflik tercetus seperti yang dipetik daripada laporan Al-Arabiya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.