#MH17: Kami Akan Saman Sesiapa Yang Kata Anak Kami Dah Mati

Kuala Lumpur – Ibu bapa kepada salah seorang penumpang MH17 berhasrat untuk menyaman sesiapa yang berkata anak mereka telah meninggal dunia, tanpa menunjukkan sebarang bukti.

Menurut satu laporan dari The Independent yang mengungkap laporan Australian Associated Press (AAP), Dr George dan Angela Dyczynski masih percaya bahawa anak mereka, Fatima Dyczynski, seorang jurutera aeroangkasa, masih hidup.

Laporan itu berkata ibu bapa Fatima telah meminta tragedi malang itu disiasat oleh saintis pakar, terutama rakan-rakan Fatima dari sains angkasa.

“Dia adalah seorang jurutera aeroangkasa, dia seorang saintis, dia adalah orang muda dengan idea-idea baru dan perspektif baru.

“Kita mahu siasatan yang lebih saintifik dengan data yang sudah berkumpul. Ia harus bermula sekarang, bukan terpaksa tunggu berbulan-bulan,” kata Dr Dyczynski yang dipetik di dalam laporan itu.

Pasangan itu berkata saintis angkasa boleh membantu mencegah kejadian seperti itu pada masa hadapan.”Mungkin ada perspektif lain yang penting untuk disiasat. Bukan sahaja kemungkinan peluru berpandu (yang jatuhkan MH17) tetapi sesuatu yang lebih.

“Ada kemungkinan kecil ada sesuatu yang masih hidup,” katanya kepada AAP.

Pasangan itu melawat tapak kemalangan di Ukraine pada Sabtu lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.