Lelong Pingat, Saya Mahu Berbakti Pada Masyarakat – Azizulhasni

Jaguh pecut berbasikal negara Mohd Azizulhasni Awang berhasrat mahu melelongkan pingat gangsa acara keirin yang dimenanginya pada Sukan Komanwel ke-20 di Glasgow untuk didermakan kepada badan-badan kebajikan.

Mohd Azizulhasni mengakui sudah tiba masanya beliau kembali berbakti kepada masyarakat yang sentiasa memberikan sokongan serta dorongan untuk terus berjaya dalam sukan berbasikal.

“Selepas selesai Sukan Asia di Korea Selatan pada September nanti, saya harap ada pihak tampil membantu saya untuk buat lelong pingat ini.

“Bagi saya ramai pihak membantu dalam meningkatkan karier saya seperti kerajaan, penaja dan juga media.

“Kini saya mahu berbakti kepada masyarakat, terutamanya kepada rakyat Malaysia yang lebih memerlukan tidak kira bangsa dan agama,” katanya kepada pemberita di Glasgow, Scotland hari ini.

Atlet dari Terengganu itu meraih pingat gangsa pada Ahad di Velodrom Sir Chris Hoy, Glasgow di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.