Kanak-kanak Dua Tahun Maut Terkena Mercun Bola

Simpang Renggam – Seorang kanak-kanak dua tahun maut akibat terkena bola mercun dalam kejadian di Kampung Ithnin Maarof kelmarin.

Mangsa, Mohd Hafi Rayan Abdul Rahman maut selepas mengalami kecederaan di dada, tangan kiri dan muka.

Mercun bola itu dipercayai dibaling oleh individu yang belum dikenalpasti dalam kejadian kira-kira jam 12.45 tengah hari itu.

Mangsa meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Kluang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.