Dulu Saya Ada Kedai Kopi, Jual Pisang Goreng Di Pekan Rabu – Dr Mahathir

Alor Setar: “Ini adalah tempat pertama (Pekan Rabu) saya berniaga dan saya mempunyai sebuah kedai kopi yang turut menjual pisang goreng.

“Ketika itu zaman penjajahan Jepun dan kami hanya menggunakan dapur kayu api untuk memasak selain ruang niaga juga terhad,” kata Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika diminta mengulas mengenai pembinaan semula kompleks Pekan Rabu yang dijadual dirobohkan menjelang November ini selepas beroperasi hampir 82 tahun.

Dr Mahathir berkata, beliau menyifatkan pembinaan semula pekan Rabu itu adalah wajar dan bersesuaian bagi mengekalkan pusat beli-belah itu sebagai ikon utama di negeri Kedah.

Katanya, pembinaan baharu itu nanti harus menitikberatkan keselesaan dan kebersihan termasuk tempat meletak kenderaan lebih sistematik atau berbayar bagi menampung jumlah pelancong yang semakin meningkat.

“Ini adalah tempat pertama saya berniaga dan saya mempunyai sebuah kedai kopi yang turut menjual pisang goreng.

Ketika itu zaman penjajahan Jepun dan kami hanya menggunakan dapur kayu api untuk memasak.

“Sekarang saya seronok melihat ramai penduduk tempatan berniaga.

Produk dijual juga lebih bagus berbanding dulu.

“Soal tempat meletak kenderaan pula, perkara itu berlaku di mana-mana memandangkan sikap rakyat Malaysia gemar menggunakan kenderaan termasuk di Pekan Rabu yang agak terhad,” katanya.

Dr Mahathir berkata, pembinaan semula itu perlu diubah kepada enam kaki tinggi bagi setiap tingkat.

“Bangunan sekarang dibina bertingkat-tingkat, jadi setiap tingkat sesuai dibina enam kaki tinggi bagi membolehkan pengunjung melihat barangan dan suasana di tingkat atas, begitu juga dengan peniaga yang berada di tingkat atas berpeluang melihat pelanggan di bawah,” katanya.

One thought on “Dulu Saya Ada Kedai Kopi, Jual Pisang Goreng Di Pekan Rabu – Dr Mahathir

  • July 31, 2014 at 3:03 am
    Permalink

    Excellent idea… semoga arkitek tu amik perhatian.. deoper jgn jgn nk kaut untung ker..
    Tmpt ni sgt nostalgic..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.