DAP Tidak Memerlukan PAS – Anthony Loke

Kuala Lumpur – Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook memberi peringatan keras kepada pimpinan PAS bahawa DAP tidak memerlukan PAS sebaliknya PAS yang memerlukan DAP untuk mendapat undi kaum bukan Melayu.

Loke turut memberi amaran kepada pimpinan PAS supaya tidak berlagak sombong atau bongkak kerana DAP sebenarnya yang telah memainkan peranan besar dalam PRU13 yang lepas.

Loke juga memperkecilkan PAS apabila berkata kemenangan kerusi-kerusi PAS di Selangor adalah kerana sokongan kuat kaum Cina yang menyokong DAP dan amat mustahil untuk PAS menang 15 kerusi DUN di Selangor jika mengharapkan sokongan kaum Melayu semata-mata.

Loke berkata demikian dalam kenyataan medianya berhubung isu pembocoran mesej dalam “Whatsapp AJK PAS Pusat” baru-baru ini.

Dalam kenyataan tersebut Loke mahu pimpinan PAS mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengembalikan keyakinan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat khasnya DAP di seluruh negara terhadap PAS.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.