Angka Korban Terkini 1,245, Kanak-Kanak Cacat Antara Yang Maut

Gaza – Bedilan roket Israel awal pagi tadi menyebabkan dua kanak-kanak Palestin terkorban ketika konflik Gaza memasuki hari ke-23 hari ini.

Menurut jurucakap perkhidmatan kecemasan, Ashraf al-Qudra, serangan di utara Gaza itu menyebabkan seorang kanak-kanak kurang upaya berusia 11 tahun terkorban.

Manakala bedilan berikutnya berlaku di kawasan pantai mengakibatkan remaja perempuan berusia 16 tahun maut, lapor AFP.

Ekoran serangan itu, angka korban rakyat Palestin kini mencapai kira-kira 1,232 orang.

Sementara itu, setakat ini, 53 askar rejim dan tiga orang awam Israel dilaporkan mati dalam serangan balas termasukan roket dari pejuang Islam.

Israel yang sebelum ini melepaskan tembakan menggunakan kereta kebal dan serangan udara menyebabkan sekurang-kurangnya 43 rakyat Palestin di Semenanjung Gaza awal hari ini ketika rejim Yahudi menyasarkan pejuang Islam di berpuluh lokasi seluruh kawasan pantai.

Sehubungan itu, perunding Mesir sedang menyediakan cadangan gencatan senjata baharu.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Ashraf Al-Qidra berkata, kereta kebal Israel dan serangan udara ke atas kediaman dan sekolah di Jebalya di utara Gaza menyebabkan sekurang-kurangnya 43 orang terkorban dan ramai yang lain mengalami kecederaan termasuk 20 yang berlindung di sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Di antara yang terkorban ialah seorang ahli paramedik dan seorang bayi.

Selain itu, lapan orang termasuk lima sekeluarga terkorban di Jebalya akibat serangan lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.