Tengku Zafrul patut letak jawatan menteri, bukan hanya tinggalkan parti- Ketua Puteri UMNO

- Advertisement -

KUALA LUMPUR, – Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi mempersoalkan tindakan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang melepaskan semua jawatan dalam UMNO, tetapi kekal sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

“Kenapa tidak letak sekali jawatan menteri? Melepaskan tanggungjawab dalam parti tetapi mengekalkan keistimewaan jawatan menteri adalah tindakan yang wajar dipersoal,” katanya dalam satu hantaran Facebook.

Beliau turut mengkritik mengenai hasrat Tengku Zafrul menyertai PKR, menyifatkannya sebagai langkah yang bakal menjejaskan hubungan dalam Kerajaan Perpaduan.

“UMNO tidak akan mati kerana pemimpin silih berganti. Yang setia akan terus dihormati. Tiada individu lebih besar dari parti,” tegasnya.

Tambahnya, sayap muda UMNO kekal setia dan akan terus memperjuangkan kepentingan parti.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat