PKR belum terima permohonan rasmi Tengku Zafrul – Fuziah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR, – Parti Keadilan Rakyat (PKR) memaklumkan bahawa setakat ini pihaknya belum menerima sebarang permohonan rasmi daripada Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk menyertai parti itu.

Setiausaha Agung KEADILAN, Dr Fuziah Salleh berkata, segala permohonan keahlian perlu dibuat secara atas talian dan akan melalui proses biasa termasuk perbincangan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

“Permohonan akan dipertimbangkan dengan sewajarnya selepas mengambil kira pelbagai sudut pandang, termasuk pandangan rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan serta pendapat akar umbi,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sementara itu, Dr Fuziah turut dimaklumkan bahawa Tengku Zafrul akan menunaikan ibadah haji, dan mendoakan agar beliau memperoleh haji yang mabrur.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat