Solat Terawih Terpantas Di Dunia, 23 Rakaat Dalam Masa 7 Minit

Ia merupakan solat terawih terpantas di dunia. Bayangkan bagi masjid lain, solat tarawih 23 rakaat memakan masa hampir sejam namun di Pondok Pesantren Mambaul Hikam, di Blitar, Indonesia, jemaahnya menghabiskan solat terawih dan witir hanya dalam masa tujuh minit.

Gerakan solat terawih itu dilakukan sepantas kilat. Walaupun  cepat, namun gerakan solat terawih yang dilakukan itu tidak mengurangi atau menghilangkan bahagian dalam solat tersebut.

Ia dilakukan kerana pondok berkenaan terletak dalam di kawasan industri maka disebabkan waktu rehat yang singkat, ia terpaksa dilakukan dengan pantas agar buruh dan pekerja industri tersebut dapat melaksanakannya tanpa mengganggu tugas mereka.

Jika tidak, mereka malas untuk mengerjakan ibadah tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.