‘Saya Tak Merajuk’ -Sherry Ibrahim

KUALA LUMPUR – Gara-gara sibuk menguruskan perniagaan, wajah Sherry Ibrahim, 33, dilihat kurang menghiasi drama rantaian di televisyen sejak akhir-akhir ini.

Mnegulas kononnya merajuk dengan dunia hiburan, Sherry yang juga bekas pramugari, bagaimanapun menafikannya.

“Saya tidak merajuk… sebaliknya saya perlu membahagikan masa sebaik mungkin antara urusan perniagaan dan kerjaya seni.

“Fokus sekarang lebih terarah kepada bidang pengacaraan. Saya diberi kepercayaan mengendalikan program bual bicara, Pesona Muslimah yang disiarkan setiap Isnin di Astro Oasis,” katanya, lapor BH.

Sherry berkata, biarpun bidang pengacaraan bukanlah perkara baharu, Pesona Muslimah memberinya pendekatan berbeza dalam konteks pengisian.

“Selepas hampir setahun berhijab, saya diberi tawaran mengelolakan program yang menyentuh isu kewanitaan, fesyen serta cita rasa muslimah kontemporari,” katanya.

Sherry berkata, biarpun sibuk mengendalikan perniagaan produk kecantikan dan mengacara, bidang lakonan tetap di hati. “Saya masih minat berlakon.

Tetapi disebabkan drama bersiri memerlukan masa yang panjang, saya terpaksa menolak beberapa tawaran.

“Namun telefilem yang lebih pendek tempoh pembikinannya masih saya cuba penuhi,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.