Shafie Afdal Enggan Komen Mengenai Sokongan Terhadap PM

KUALA PERLIS – Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal semalam mengelak dari memberi komen berhubung sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

 

“Yang itu tak payah cakap yang itu. Tiada keperluan untuk memberi komen,” kata Shafie ketika ditemui pemberita selepas selesai mengiringi Perdana Menteri dalam majlis Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia di sini.

 

Keengganan Shafie menyatakan secara terbuka sokongannya kepada kepimpinan Najib mencetuskan persoalan di kalangan pemerhati politik terutama selepas meletusnya isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

 

Terdahulu Shafie yang juga Naib Presiden UMNO beberapa kali mengulas isu 1MDB dan mendakwa sebagai anggota kabinet beliau  tidak dimaklumkan permasalahan yang dihadapi syarikat milik kerajaan itu.

 

Dakwaan Shafie bagaimana pun dinafikan oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang menjelaskan semua menteri kabinet telah dimaklumkan status terkini 1MDB.

 

One thought on “Shafie Afdal Enggan Komen Mengenai Sokongan Terhadap PM

  • June 2, 2015 at 12:21 pm
    Permalink

    tpm tempat dato….ini masanya sabahan dan serawakhan boleh boleh boleh….doa saya terbaik untok dato

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.