Warga Emas Maut Terhidu Asap Dalam Kebakaran

KLANG – Seorang lelaki warga emas maut selepas terhidu asap tebal akibat kebakaran di bilik tidurnya di Ambang Botanic 2, di sini pagi tadi.

Kejadian disedari oleh pengawal keselamatan rumah teres dua tingkat itu kira-kira pukul 7.06 pagi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul ketika dihubungi berkata, kejadian dipercayai berlaku pukul 6.45 pagi dan pihaknya yang menerima panggilan pukul 7.06 pagi bergegas ke lokasi kejadian.

“Ketika kejadian, tiga orang mangsa berada di rumah dan mangsa, Yap Soon Tian, 75, yang tidur di bilik bawah tidak berjaya menyelamatkan diri.

“Dua lagi mangsa iaitu anak Soon Tian yang juga pemilik rumah berkenaan, Yap Chee Keong, 46, serta cucu Soon Tian, 12 tahun berjaya keluar dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini untuk bedah siasat dan siasatan lanjut mengenai punca kejadian masih dijalankan. – KOSMO!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.