PRK Teluk Intan: DAP Kalah, Kit Siang Perlu Berundur

IMG-20140531-WA00191-300x100KEMENANGAN besar calon BN, Datuk Mah Siew Keong dalam pilihanraya kecil P76 Teluk Intan yang pengundiannya tamat petang tadi, sepatutnnya menyedarkan penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa masanya dalam politik sudah boleh dikatakan sebagai berakhir.

Penulis katakan menang besar sebab Parlimen Teluk Intan ini adalah kerusi yang dirampas, bukan kerusi yang dipertahankan.  Dulu BN kalah dengan majoriti lebih 7 ribu undi disini, kali ini kelebihan itu dipadamkan dengan majoriti 238 undi (setakat artikel ini ditulis).

Menang besarlah tu.  Anyway, balik pada isu tadi.

Sememangnya sejak 1965 (tahun DAP ditubuhkan), nama Kit Siang ni muncul dah.  Lepas satu, satu jawatan dia pegang sehingga sekarang sebagai penasihat DAP sedangkan pemimpin politik parti lain yang sebaya dengan Kit Siang, dah lama hilang dari radar politik negara.

Tak cukup dengan dia, anak menantunya pun diselitkan tidak lupa, sehingga pada satu ketika, DAP ini dikenal orang sebagai Dinasti Lim!!

Jadi dengan kekalahan Dyana Sofya – anak didik Kit Siang, seharusnya membuka seluas-luas jalan untuk si tua ini berundur.

Betul, kekalahan DAP di Teluk Intan ini dikaitkan dengan peratusan keluar mengundi yang rendah disamping sedikit undi cina yang beralih kepada BN, tapi penyokong DAP yang penulis tahu, akan tetap keluar beramai-ramai menyokong calon mereka seperti dilihat pada PRK Bukit Gelugor minggu sudah.

Agaknya kenapa keadaan ini berbeza?  Sudah tentulah sebab kesilapan yang dilakukan Kit Siang – mengenepikan pemimpin tempatan dan menonjolkan orang luar yang kebetulan adalah Setiausaha politiknya sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.