Petugas DAP Teluk Intan Panggil Pengundi India Paria

Video Penuh

Teluk Intan – Seorang lelaki India berang dengan tindakan petugas DAP yang bertindak biadap memanggil pengundi India ‘Paria’ ketika berkempen merayu undi petang tadi.

Kejadian yang berlaku di pekan Teluk Intan itu bermula sekitar jam 5.30 – 6.00 petang, kecoh apabila lelaki India tersebut berang sejurus selepas digelar ‘Paria’ oleh petugas wanita tersebut.

“Berani cakap pengundi India Paria.. DAP jangan wayang, cakap nak bela rakyat, penipu.

“Dulu India juga yang undi DAP, sekarang cakap pengundi India Paria” jeritnya dengan nada marah.

q

 

Ekoran kejadian tersebut pihak polis terpaksa bertindak mengawal keadaan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diinggini.

Melalui rakaman video berdurasi 1.56 minit, lelaki India yang mendakwa dirinya merupakan salah seorang pengundi itu mengesa agar masyarakat India agar jangan mengundi DAP.

“Pandai cakap kaum India Paria, lu sapa.

“Esok tak mahu undi DAP” jeritnya lagi melalui rakaman video yang dirakamkan oleh wartawan www.agendadaily.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.