Najib Mahu Kedutaan Beri Sokongan Sepenuhnya Pada Hadi

Kuala Lumpur – Perdana Menteri, Datuk Seri najib Tun Abdul Razak mahu kedutaan Malaysia di Istandul agar memberikan sokongan sepenuhnya kepada Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang.

Najib melalui akaun twitter pada 12.00 tengah hari tadi telah menghubungi pihak kedutaan untuk memaklumkan mengenai perkara itu.

“Dimaklum DS (Datuk Seri) Hadi Awang diwadkan di hospital Istanbul. Pagi tadi saya hubungi kedutaan utk pastikan DS diberi sokongan sepatutnya” katanya.

Hadi Awang sebelum ini dilaporkan mengalami masalah kesihatan dan dikejarkan ke hospital Istanbul, semalam.

Timbalan Ketua, Dewan Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi dalam satu kenyataan ringkas berkata, beliau telah menghubungi Setiausaha Politik Abdul Hadi.

“Dr (Ahmad) Samsuri (Mokhtar) kini berada bersama ayahanda Tuan Guru Presiden (Abdul Hadi) di Istanbul, Turki.

“Beliau dimasukkan ke hospital selepas mengadu sesak nafas dan sekarang keadaan beliau stabil dan sedang berehat.

“Mohon doa dari semua umat Islam agar beliau pulih dan dapat terus memimpin ummah,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.