Majlis Peguam Bias, Kalau DAP Salah Terus Diam – Peguam Hak Asasi Manusia

Kuala Lumpur – Ahli Jawatankuasa Hak Asasi Manusia, Majlis Peguam Haezreena Begum Abdul Hamid mendakwa Majlis Peguam sebagai bias dan berat sebelah berhubung isu yang melibatkan calon DAP, Dyana Sofea Mohd Daud.

Beliau berkata badan yang ditubuhkan untuk melindungi kepentingan profesion undang-undang  itu tidak bertindak seperti yang sepatutnya apabila terdapat isu yang melibatkan DAP berbanding isu yang melibatkan Barisan Nasional.

Majlis Peguam ini bias, semua orang bercakap pasal hal ini sekarang.

“Kalau DAP yang buat salah, terus diam tapi kalau BN tak salah pun dia kata salah” ujarnya di laman sosial Facebook.

Haezreena turut mendakwa Majlis Peguam terdiri daripada mereka yang menyokong DAP dan mereka yang berfahaman Liberal sambil menyifatkan ia sebagai punca ramai para peguam Melayu menjauhkan diri daripada badan tersebut.

“Semua penyokong tegar DAP, sebab itu ramai peguam Melayu tak tahan dan tidak boleh aktif dalam program mereka, selain dari puak-puak yang liberal” ujarnya lagi.

 

Mahadi Mahbol

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Haezreena menjawab isu yang dibangkitkan oleh salah seorang penguna laman sosial, Mahadi Mahbol yang menyelar badan itu kerana gagal bertindak atas laporan yang didedahkan oleh portal Suara.TV sebelum ini.

Sampai Sekarang Majlis peguam tidak bertindak pada Dyana yang melakukan pencabulan Seksyen 37 (1) (B), Akta Profesion Undang-Undang 1976.

“Sebagai Badan Profesional, adalah tidak wajar tindakan membiarkan Dyana menggunakan jawatan ‘peguam’ (dan) dengan sesuka hati mencabuli hak di dalam Undang-Undang Punca Kuasa yang seharusnya dijulang tinggi.

“Tindakan membiarkan Dyana ini akan merendahkan lagi imej peguam di mata rakyat yang menjadi sebagai pelanggan kepada profesion guaman di Malaysia” ujarnya semalam.

Haezreena dalam kenyataan sebelum ini berkata seseorang yang hanya memperolehi ijazah undang-undang dan tidak melaksanakan tugas hariannya sebagai peguam atau dalam bahasa mudah tidak berdaftar dengan Majlis Peguam tidak boleh dikategorikan sebagai Peguam.

“Dia tidak harus mempromosikan dirinya sebagai seorang peguam, (tambahan pula) dia tidak mempunyai Sijil Annual dan Sijil Amalam Peguam” katanya kepada wartawan Suara.TV sebentar tadi.

Beliau yang juga merupakan seorang pengamal undang-undang dan berdaftar dengan Majlis Peguam menyifatkan tindakan Dyana itu sebagai alpa dan bodoh.

“Pada saya sekiranya wakil calon yang tidak berterus terang berkenaan dengan professionnya secara jelas menunjukkan kealpaan dan kebodohannnya dan tidak boleh diberikan kepercayaan sepenuhnya.

“Dia hanyalah seorang graduan undang-undang dan bukannya menjalankan amalan sebagai seorang yang berprofesion guaman maka dia harus membetulkan kenyataan bahawa beliau merupakan seorang peguam” katanya lagi.

Dyana sebelum ini mendakwa dirinya masih seorang peguam, namun menurutnya sijil peguamnya telah tamat tempoh dan tidak diperbaharui kerana ingin memberikan fokus di dalam bidang politik.

“Saya adalah peguam yang dilatih (lawyer by trining) atau dalam bahasa mudah di panggil non-practicing lawyer (dan) saya (seorang) peguam” ujarnya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.