#LIVEUPDATE Pilihanraya Kecil Teluk Intan

3.45pm: SK Kg Bahagia – Dengan tempoh mengundi tinggal kira-kira satu jam sahaja lagi, penyokong-penyokong BN masih lagi bersorak-sorak dan mengejek penyokong DAP.

Kedua-dua kumpulan berkenaan hanya dipisahkan kira-kira lima meter sahaja dari mereka.

Mereka mengulangi sorakan “Abang polis baik”, “DAP komunis”, dan “Lim Kit Siang bodoh” berulang kali.

 

3.43 petang: Sehingga pukul 2 petang sejumlah 34,974 atau 58.36 peratus daripada 59,927 orang pengundi biasa telah keluar mengundi.

 

3.40petang Menurut SPR, seramai 58.36 peratus atau 34,974 pengundi sudah menunaikan tanggungjawab setakat jam 3 petang.

 

2:31 petang: Sehingga pukul 1 petang tadi sejumlah 31,286 atau 52.21 peratus daripada 59,927 orang pengundi biasa telah keluar mengundi.

 

2.00 petang: Ketua polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata kekecohan yang berlaku di dua kawasan mengundi pada pagi ini terkawal.

 

Laporan Bernama menyebut, beliau berkata kekecohan berlaku
disebabkan keghairahan kedua-dua penyokong parti melakukan provokasi untuk meraih undi di saat-saat akhir.

Salah satu kejadian itu berlaku di hadapan Sekolah Kebangsaan Kampung Bahagia dan satu lagi di Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam.

“Kekecohan yang berlaku berjaya dikawal anggota yang bertugas,” katanya seperti dipetik dalam laporan itu.

 

 

 

1.00 Petang : Sehingga pukul 12 tengah hari sejumlah 24,050 atau 40.13 peratus daripada 59,927 orang pengundi biasa telah keluar mengundi.

 

12.40 t/hari: Calon BN, Datuk Mah Siew Keong mengadakan sidang akhbar di Pusat Media sebentar tadi.

PC Datuk Mah

 

 

 

 

 

 

12.30 t/hari: Malaysiakini Putar Belit Kenyataan Pengundi Luar – Siew Keong

TELUK INTAN 31 Mei-Calon Barisan Nasional, Datuk Mah Siew Keong hari ini berkata, kenyataan beliau mengenai peranan pengundi luar telah diputar belitkan oleh sebuah portal berita pro Pakatan Rakyat.

“Portal berita berkenaan melaporkan kononnya saya berkata pengundi luar yang balik mengundi sebagai pendatang. Isu ini digunakan sepenuhnya dalam kempen terakhir mereka malam tadi.

“Kita berkempen di banyak tempat namun kenyataan saya dipetik bukan dalam konteks keseluruhan ayat dan hanya diambil satu baris. Saya tahu ini tektik parti pembangkang ,” jelas Siew Keong kesal.

Siew Keong yang bercakap kepada pemberita dalam sidang akhbar di Pusat Media di sini hari ini sebaliknya menegaskan beliau berkata, pengundi yang duduk di luar dari Teluk Intan dan merupakan anak tempatan seharusnya memikirkan nasib ibu bapa mereka yang tinggal di sini apabila melakukan pengundian hari ini.

Sementara itu, Siew Keong berkata, hasil tinjauannya di pusat-pusat pengundian sehingga pukul 12 tengah hari tadi mendapati proses mengundi berjalan lancar.

“Kita tidak melihat sebarang masalah atau insiden. Tidak seperti ketika Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu di mana terdapat penyokong parti yang menahan kenderaan dan pengundi daripada pergi mengundi.

“Saya tidak nampak ada penyokong yang menuduh pengundi sebagai orang Bangladesh atau menahan mereka kali ini,” kata Siew Keong.

Dalam sidang akhbar itu Siew Keong juga berkata dua daerah mengundi iaitu di Pasir Bedamar Barat dan Kampong Changkat Jong jumlah keluar mengundi adalah tinggi iaitu melebihi 50 peratus sehingga pukul 12 tengah hari.

“Pasir Berdamar Barat merupakan kawasan pro Pakatan Rakyat. Pada PRU lalu mereka mendapat 80 peratus undi di daerah tersebut. Manakala peratusan keluar mengundi di daerah lain masih rendah. Justeru kita perlu memastikan peratusan keluar mengundi tinggi di daerah lain,” kata Siew Keong.

Siew Keong turut menjangkakan keputusan pilihan raya yang diadakan hari ini adalah sengit dan bersedia untuk menerima apa sahaja pilihan yang dibuat oleh rakyat Parlimen Teluk Intan.

 

12.15 t/hari: Antara aksi Raja Bomoh yang dipamerkan oleh SAMM

SAMM Raja Bomoh

 

 

 

 

 

 

12.00 pagi: Teluk Intan – Setakat pukul 11 pagi tadi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati proses pengundian berjalan lancar di kesemua 35 pusat pengundian.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof yang melakukan tinjauan di pusat-pusat pengundian sebaik dibuka pada pukul 8 pagi tadi juga berkata, tidak berlaku sebarang unsur yang boleh menyebabkan ketegangan antara kumpulan penyokong parti yang bertanding.

“Hanya satu kejadian provokasi berlaku di pusat mengundi di Kampung Laksamana. Ini kerana kedudukan penyokong-penyokong parti yang bertanding terletak begitu rapat. Namun tidak ada sebarang kecederaan berlaku.

“Kita juga dapati tiada barong panas dan juga tidak ada kejadian bas atau kenderaan ditahan. Tidak seperti ditempat lain, ketika lawatan pagi tadi SPR juga tidak menerima sebarang ‘sign language’ yang kebiasaannya kita terima di tempat lain. Orang Teluk Intan baik-baik,” jelas Abdul Aziz.

Abdul Aziz berkata demikian dalam sidang akhbar yang dilakukan di Pusat Media di sini hari ini.

Menurut beliau, SPR menjangkakan 70 peratus daripada 59,927 pengundi biasa akan keluar mengundi hari ini.

“Sehingga jam 11 proses pengundian berjalanan baik. Di saluran orang tua peratusan yang datang adalah tinggi. Namun saluran orang muda kurang sedirit. Harap pengundi di Teluk Intan ambil peluang cuaca yang baik hari ini untuk kelaur mengundi,” kata Abdul Aziz.

 

11.50 pagi: Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusoff berkata ketegangan yang berlaku di Kampung Bahagia adalah “tidak serius” kerana ia tidak membabit “fizikal”.

Bercakap kepada pemberita, beliau berpendapat ia disebabkan jalan yang kecil menujukk sekolah berkenaan,” katanya.

 

11.45 pagi: Para penyokong di Kampung Bahagia masih saling melakukan provokasi dan menjerit-jerit.

Kehadiran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) semakin menghangatkan suasana.

Calon BN Datuk Mah turut hadir melakukan lawatan di Kampung Bahagia.

Mah kampung Bahagia

 

 

 

 

 

 

11.30 pagi: Sehingga pukul 11 pagi tadi sejumlah 19,509 atau 32.55 peratus daripada 59,927 orang pengundi biasa telah keluar mengundi.

Sidang Media SPR

 

 

 

 

 

 

10.50 pagi: Salah seorang penyokong Barisan Nasional, Ramachandran Thever, menunggang motosikalnya sambil mengenakan logo dan lambang BBN sebagai tanda sokongannya.

Penyokong BN

 

 

 

 

 

 

10.45 pagi: Jalan Padang Tembak – lalulintas mulai sesak di sepanjang Jalan Padang Tembak, jalan utama menuju ke bandar di mana terletaknya beberapa sekolah yang dijadikan pusat mengundi.

Walaupun kebanyakan kereta menggunakan nombor plat Perak dan KL, tetapi kelihatan juga beberapa kenderaan dari Johor dan Pulau Pinang.

Sekurang-kurangnya dua buah sekolah dan pusat mengundi terletak di sepanjang jalan ini.

 

10.30 pagi: Setakat pukul 10 pagi tadi sejumlah 13,754 atau 22.45 peratus daripada 59,927 orang pengundi biasa telah keluar mengundi.

 

 10.20 pagi: Walaupun keadaan cuaca agak panas, para penyokong tetap setia memberikan sokongan kepada calon parti masing-masing.

 Muslimah PAS Sokong DAP

 

 

 

 

 

 

10.15 pagi: SMK Sultan Abdul Aziz – Salah satu daripada bas yang diatur oleh DAP tiba dari Kuala Lumpur dengan kira-kira 10 pengundi.

Kad yang bertulis ‘Jom Balik Undi, Vote Wisely, Vote for the future of our country diletakkan di bahagian dalam bas itu.

Tiada seorang pun daripada mereka yang mahu ditemubual pihak akhbar di luar kawasan sekolah.

Bas DAP

 

 

 

 

 

 

10.00 pagi: SMK Sultan Azlan Shah – Dua wartawan portal bertekak dengan seorang pegawai SPR, yang meminta pihak akhbar supaya keluar dari kawasan sekolah.

Pegawai wanita itu, yang namanya tidak dikenali, mendakwa sekumpulan enam petugas media telah “mengganggu” pengundi.

Wartawan, yang berdiri di hadapan koridor, menjelaskan bahawa mereka hanya menunggu lawatan Dyana.

Berikutan itu, seorang anggota polis datang bercakap dengan pegawai SPR berkenaan, dan pihak media akhirnya dibenarkan menunggu di situ.

Sebelum itu, beberapa jurugambar mengadu bahawa mereka tidak dibenarkan mengambil gambar di kawasan sekolah.

Wartawan Bergaduh 1

 

 

 

 

 

 

Wartawan

 

 

 

 

 

 

 

10.00 pagi: SK Kampung Bahagia – Penyokong BN dan DAP dipisahkan hanya lima meter dari satu sama lain oleh dua buah kenderaan pacuan empat ronda.

Penyokong BN berang apabila penyokong DAP menggantung kangkung dengan wang kertas RM1 di hujung galah.

“Hoi! Kangkung tu turunkan! DAP celaka!” jerit sebahagian penyokong BN ke arah penyokong DAP.

 

DAP Kangkung

 

 

 

 

 

 

 

10.00 pagi: Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, kadar peratus pengundian pada jam 9 pagi ialah 11.81 peratus atau 7,080 orang.

Maklumat itu telah dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan di Teluk Intan.

 

9.50 pagi: Calon BN, Datuk Mah Siew Keong melawat pusat mengundi di SJKC Phooi Yong dan memberitahu pemberita bahawa beliau bertanggungjawab sepenuhnya jika beliau kalah.

Mah juga mengatakan beliau tidak tidur kerana peringkat akhir kempen sangat “meletihkan”.

Sementara itu, Dyana ketika melawat ke sini sebelum ini, memberitahu pemberita bahawa beliau “kagum” dengan kehadiran di ceramah kemuncak DAP malam tadi.

 

9.40 pagi: SJK (C ) Chong Min – Suasana di pusat mengundi kawasan bandar yang menjadi kubu kuat DAP ini tenang, di mana kebanyakan mereka yang mengundi pada sebelah pagi adalah golongan pengundi pertengahan umur dan warga emas.

Pengundi muda tidak ramai kelihatan setakat ini.

Ketua cawangan DAP Bagan, Kaw Nang Hua, 53, memberitahu beliau dan rakan-rakannya membawa pengundi di luar kawasan balik mengundi.

“Saya tinggal di perkampungan nelayan Sabak Bernam, saya memandu membawa beberapa pengundi Teluk Intan yang tinggal di sana, balik mengundi,” katanya.

 

9.00 pagi: Setakat pukul 9 pagi tadi sejumlah 7, 080 atau 11.81 peratus daripada 59,927 orang pengundi biasa telah keluar mengundi.

 

9.15 pagi: SRK Perempuan Methodist, Jalan Cangkat Jong – ADUN Pasir Berdamar, Terence Naidu tiba untuk mengundi bersama calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud yang memakai sepasang baju kurung berwarna merah jambu dengan corak sulaman songket dan berselendang hitam.

Terence merupakan seorang pengundi saluran 3 di pusat mengundi dengan 1920 orang pengundi ini.

Diusik sebab memilih warna merah jambu yang sinonim dengan Puteri Umno, Dyana tersenyum menjawab, “Oh, ini bukan tentang warna, ini materialnya songket”.

 

9.15 pagi: SMK Sultan Abdul Aziz – Semua pegawai lelaki SPR kelihatan memakai songkok hitam berlilit reben berwarna perak semasa menjalankan tugas mereka, sebagai tanda berkabung berikutan kemangkatan Sultan Azlan Shah.

Salah seorang pegawai yang enggan namanya disiarkan, berkata kira-kira 100 orang daripada mereka memakai songkok tersebut sepanjang hari pengundian.

Sementara itu, Mah dan isterinya Yeoh Pooi Hoon tiba dan membuang undi mereka di sini.

Kira-kira 30 jurugambar bersesak semasa mengambil gambar Mah mengundi, sehingga memaksa anggota polis bergegas untuk mengawal kumpulan.

 

9.05 pagi: Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong tiba kira-kira pukul 9.05 pagi di Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz di sini untuk mengundi.

Beliau yang tiba bersama isterinya, Datin Yeoh Pooi Hoon, berkesempatan bersalaman dengan para pengundi di luar pusat pengundian tersebut.

Siew Keong yang mengundi di saluran tiga meninggalkan sekolah tersebut kira-kira 15 minit kemudian.

Mah Undi SPR

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Mah UNDI

 

 

 

 

 

 

9.00 pagi: Pasir Bedamar – SJK(C) Phooi – Pengundi tiba untuk membuang undi. Terdapat enam saluran di pusat mengundi ini.

Dyana kelihatan bersama Lim Kit Siang, dan bergambar dengan mereka yang telah selesai mengundi.

Di SK Sultan Abdul Aziz – Keadaan tenang dengan sekitar 20 penyokong BN masih cuba pada saat-saat terakhir memujuk pengundi menyokong Mah.

Seorang wanita berpakaian baju-T BN kelihatan cuba untuk menawarkan botol air mineral kepada pengundi.

Mereka juga membawa plakard ‘I love BN’.

Penyokong DAP adalah hampir tidak dilihat di sini buat masa sekarang.

Seramai 4,070 pengundi akan mengundi di sini di Taman Seri Setia, di mana mendiang MP DAP Seah Leong Peng memperolehi 63.6 peratus undi dalam PRU13.

Terdapat 36 peratus pengundi Melayu, 45 peratus Cina dan 19 peratus India di daerah ini.

 

8.50 pagi: SRK Perempuan Methodist – Pengundian berjalan lancar dengan kira-kira 15 orang beratur untuk memeriksa nama mereka dalam daftar SPR dan nombor saluran di kaunter semakan SPR.

Lima meter dari situ, seorang pengundi wanita warga emas tiba dengan kereta Proton Saga dan dibantu untuk naik ke atas kerusi roda oleh petugas SPR.

Beliau kemudian ditolak ke pusat mengundi oleh petugas ke pusat mengundi selepas menyemak namanya di kaunter.

Seorang petugas media dari The Rakyat Post, Ahmad Fazlan Shah juga baru selesai mengundi di SRK St Anthony dan tiba untuk bertugas di sini dengan jari telunjuk kiri yang telah dicelup dakwat kekal.

Fazlan Rakyat Post

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

8.45 pagi: SMK Sultan Abdul Aziz – Pengundi kelihatan beratur untuk memeriksa saluran mengundi mereka, manakala yang lainnya sudahpun selesai mengundi.

Polis trafik bertugas di setiap persimpangan jalan di sekitar sekolah berkenaan.

Tiada kelihatan penyokong parti politik di kawasan luar, begitu juga keadaannya di sekolah rendah Cina SJKC Chong Min di seberang jalan, kerana pihak berkuasa telah meletakkan notis bahawa tiada kempen dibenarkan.

 

8.15 pagi: SJKC San Min – Langit cerah berawan pagi ini. Calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud tiba di sekolah tersebut yang menjadi salah satu daripada tempat mengundi di Pasir Bedamar, bersama dengan pemimpin yang lain.

Dyana bukan pengundi di situ, maka anak kelahiran Ipoh itu dijangka mengunjungi tempat-tempat mengundi lain dalam di Pasir Bedamar dan Changkat Jong.

Sementara itu, calon BN kelahiran Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong akan tiba di SMK Sultan Abdul Aziz untuk membuang undi pada pukul 9 pagi.

 

7.30 pagi: Ini adalah pilihan raya kecil (PRK) keenam selepas PRU13, dan PRK kawasan parlimen kedua selepas Bukit Gelugor minggu lalu.

Pengundi berdaftar di Teluk Intan terdiri daripada 42 peratus Cina, 38 peratus Melayu dan 19 peratus India.

PRU13 menyaksikan 80.4 peratus keluar pengundi, yang tertinggi pernah dicatatkan di kawasan ini.

Info Grafik Teluk Intan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.