Lelaki Lega Tumor 6kg Di Muka Dibedah

Bratislava – Sekumpulan doktor membuang tumor seberat 5.8 kilogram dari wajah seorang lelaki Slovakia, Stefan Zoleik yang terpaksa menanggung derita selama 10 tahun akibat ketumbuhan itu, lapor pihak berkuasa hospital.

Zoleik menghidap penyakit bergelar Madelung yang menyebabkan wajahnya ditumbuhi tumor berkenaan.

“Keadaan saya memang tidak selesa sejak 10 tahun yang lalu. Ia benar-benar menyusahkan hidup saya terutama ketika saya ingin menoleh,” katanya.

Bagaimanapun, selepas menderita lebih 10 tahun, Zoleik akhirnya dapat menjalani pembedahan untuk membuang tumor itu.

Prosedur pembedahan terbabit diketuai oleh Dr Igor Homola dan mengambil masa selama lima jam.

Teruja dengan penampilan barunya, Zoleik berkata, kini wajahnya lebih baik berbanding dahulu.

“Dahulu wajah saya hodoh dan sekarang saya nampak lebih segak,” katanya berseloroh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.