Cara Dyana Sofya Ulas Isu Kurang Menarik – Dr Asri

Kuala Lumpur – Calon DAP bagi pilihan raya kecil (PRK) Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud sememangnya harus memperbaiki lagi kemahirannya dalam memberi ucapan.

Bekas Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, Dyana belum cukup mantap di atas pentas, lebih-lebih lagi di khalayak ramai.

Asri malam tadi telah menghadiri kedua-dua ceramah DAP serta Barisan Nasional (BN) di Teluk Intan.

“Dyana memang ada pakej, ada rupa. Saya menjangkakan bahawa dia seorang pemidato yang baik, dan saya tahu dia masih baru, tetapi hakikatnya dia belum sampai tahap itu lagi.

“Cara dia mengulas sesuatu isu juga kurang menarik. Jadi dia harus menambah baik kemahiran berucapnya.”

Asri turut menghadiri ceramah anjuran BN pada malam tadi.

 

Pengunaan Bahasa Malaysia Pemimpin DAP Teruk

“Walaupun Bahasa Malaysia [pemimpin veteran DAP] Lim Kit Siang tidak begitu baik, tetapi pemimpin muda DAP rata-ratanya berbahasa Melayu dengan baik.

“Jika mahu jadi pemimpin yang benar-benar berjiwa Malaysia, seharusnya mereka fasih berbahasa Melayu,” katanya.

Tambah Asri, tidak banyak sebenarnya isu yang dibangkitkan kedua-dua pihak malam tadi, malah mereka hanya saling menuduh sesama sendiri tentang isu perkauman.

“Walaubagaiamanpun, kita harus berterima kasih kepada semua pihak, DAP serta BN, yang telah memeriahkan demokrasi,” katanya.

PRK Teluk Intan yang menyaksikan perlawanan satu lawan satu di antara Dyana serta calon BN Datuk Mah Siew Keong akan tamat petang ini dengan keputusan diumumkan seawal jam 9 malam ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!