Artis Teguk Arak Rai Kejayaan

Kata pepatah, kalau sayangkan anak tangan-tangankan supaya bila dia besar kelak menjadi insan yang berguna. Namun, segelintir ibu bapa sekarang membiarkan saja perlakuan si anak sehingga sanggup membiarkan zuriat sendiri melakukan perkara sumbang dan terlarang di depan mata.

Inilah yang SS nak ceritakan mengenai seorang artis ini yang sedang hangat bercinta dan kekasihnya pernah mengeluarkan kenyataan yang setiap kejayaan dikecapinya hari ini kerana sokongan artis berkenaan. Kembang kempislah hidung si artis bila dipuji cinta hatinya dan khabarnya atas satu kejayaan yang diterima cinta hatinya, mereka keluar meraikannya bersama-sama. 

Turut sama adalah ibu bapa artis itu yang sangat ‘supporting’ dan ‘sporting’. Menurut mata yang memerhati, mereka meraikannya di restoran terkenal yang terletak di sebuah pusat beli-belah paling popular di ibu kota. Bukan main gembira artis itu kerana percintaannya direstui orang tua. 

Bagaimanapun, di antara menu mewah yang dihidangkan termasuk sebotol arak jenama paling terkenal dan mahal. Seperti orang putih lagaknya, artis itu dan cinta hatinya meneguk minuman itu dengan nikmat sekali. Anehnya kedua-dua orang tua artis itu membatukan diri tanpa mengeluarkan sepatah kata. Nasib baik orang tuanya tidak menikmati minuman itu sekali.

Barangkali artis yang kini hidup mewah menyara orang tuanya sehingga mereka tidak berani menegur anak sendiri bimbang tidak diberi elaun lagi nanti. Jika depan orang tua sudah begitu lagaknya, bayangkan saja sikap mereka di belakang.

SS: Sedih melihat ramai umat Islam meneguk arak di khalayak ramai walaupun tahu ia haram.HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.