Ada Lelaki Sanggup Tunggu Saya Lima Tahun – Maya Karin

Bertuah menjadi Maya Karin, sudahlah berbakat cantik pula. Namun sayangnya kini hati beliau sudah dimiliki seseorang walaupun selebriti ini mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan identiti kekasihnya itu kepada pengetahuan umum.

“Saya memang macam ini, tidak mahu berkongsi hal peribadi saya melainkan benda itu adalah penting. Malah kawan-kawan saya pun kadang-kadang tidak tahu siapa saya tengah berpacaran kerana saya senyap sahaja. Apatah lagi berkongsi secara umum di media sosial”

Boleh rentan juga hati lelaki yang menjadi kekasih Maya Karin jika terlalu berahsia hidupnya. Sudah bersusah payah memikat hati Maya Karin, terpaksa pula merahsiakan perkara ini. Namun, Maya Karin sendiri mendakwa ada lelaki yang sanggup menunggu bertahun demi cintanya.

“Ya, ada lelaki yang sanggup tunggu saya sehingga mungkin 3 hingga 5 tahun,” ujar Maya Karin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.