Jumlah Mangsa Banjir Meningkat

MELAKA – Jumlah mangsa banjir di Alor Gajah dekat sini meningkat kepada 210 orang setakat 9 pagi ini berbanding 154 orang malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka, Lt. Kol. (PA) Effendy Ali berkata mereka ditempatkan di empat pusat pemindahan termasuk satu yang baharu dibuka di Bilik Bacaan Taman Sri Bayu 2 di Rembia.

“Di Rembia, seramai 39 orang merangkumi 11 keluarga dari Taman Awan Biru dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Sungai Petai manakala Taman Sri Bayu 2 pula melibatkan 51 mangsa daripada 16 keluarga.

“Di Durian Tunggal pula, seramai 120 mangsa termasuk pelajar sebuah pusat tahfiz dari Kampung Panchor dipindahkan ke masjid Kampung Panchor dan balai raya Kampung Panchor,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata kejadian banjir itu dipercayai berpunca daripada hujan lebat yang melanda sejak pagi semalam. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.