Video: Peminat K-Pop Histeria, Artis Girls Generation Hampir Cedera Di KLIA

Kuala Lumpur – Kunjugan kumpulan K-Pop terkenal Girls Generation (GG) ke Malaysia untuk membuat persembahan di Formula 1 Petronas Grand Prix Malaysia 2015 telah mendapat sambutan hangat oleh para peminat mereka pada Ahad.

 

Ratusan peminat membanjiri Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menyambut kedatangan artis kesayangan mereka selain merebut peluang melihat tujuh gadis cantik iaitu Taeyeon, Sunny, Sooyoung, Tiffany, Hyoyeon, Yuri dan Seohyun itu dengan lebih dekat.

 

 

Namun disebalik kegembiraan itu terdapat sedikit cerita kurang menarik tentang insiden yang berlaku melibatkan peminat dan Girls Generation.

 

Difahamkan oleh kerana peminat terlalu ghairah untuk bertemu idola mereka, satu kejadian tolak -menolak berlaku menyebabkan beberapa ahli kumpulan tersebut hampir tercedera.

 

Menurut saksi kejadian, sewaktu insiden tersebut berlaku, Sunny yang ditolak hampir melanggar mesin ATM tetapi sempat diselamatkan oleh seorang peminat yang kebetulan berada berdekatan dengannya.

 

Satu lagi kejadian berlaku apabila pengawal keselamatan ditolak oleh beberapa peminat fanatik sehingga menyebabkan Taeyeon hampir terjatuh.

 

Tambah saksi itu lagi, Tiffany kelihatan resah dan tidak selesa dengan kejadian yang berlaku menyebabkan peminat Malaysia memohon maaf atas insiden yang berlaku menerusi akaun Instagramnya @xolovestephi.

 

Malah ada juga diantara peminat meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kelakuan sesetengah peminat semasa berada di KLIA dan memberikan pendapat sepatutnya Sone Malaysia perlu bersikap tenang. – Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.