Video: Badak Sumbu Mengamuk

Hetauda (Nepal) – Seekor badak sumbu liar mengamuk di bandar Hetauda, menyebabkan seorang wanita maut dan enam orang lagi cedera dan mengejar orang ramai di pasar dan hospital, hari ini.

 

Menurut The Guardian, orang ramai cuba menghalau badak sumbu berkenaan dengan membunyikan hon dan memukul deram, namun tidak berjaya.

 

 

Pegawai kerajaan, Ram Prasad Thapaliya memberitahu, satu pasukan bersama ubat pelali (tranquilizer) sedang cuba menangkap haiwan tersebut.

 

“Badak sumbu ini gemparkan penduduk. Ia juga masuk ke dalam hospital dan membuatkan orang ramai melarikan diri dan lompat dari pagar,” kata Ram Prasad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.