Solar Impulse 2 Mendarat Di China

Shanghai – Pesawat Solar Impulse 2 mendarat di China awal pagi ini untuk melengkapkan pusingan kelima misi mengelilingi dunia dengan menggunakan tenaga suria.

 

Pesawat yang dipandu Bertrand Piccard itu mendarat di Lapangan Terbang Chongqing pada jam 1.35 pagi selepas penerbangan selama 20 jam dari Myanmar.

 

Pesawat berkenaan dijadualkan untuk berhenti seketika di bandaraya di barat daya China itu sebelum meneruskan penerbangan ke Nanjing, kira-kira 270 kilometer dari Shanghai, tetapi terpaksa menangguhkannya berikutan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

 

Pasukan misi itu kini menjangkakan pesawat berkenaan terpaksa menunggu untuk beberapa hari lagi sebelum menyambung penerbangan ke timur.

 

“Kami letih tetapi masih amat gembira untuk berada di Chongqing,” kata jurutera misi, Michael Anger di laman web projek berkenaan. “Di China, penerbangan ini amat mencabar, terutama untuk Bertrand .”

 

Piccard, seorang daripada dua juruterbang Switzerland yang mengendalikan pesawat tenaga suria itu, mengharungi sejuk melampau sehingga -20 darjah Celsius dalam kokpit dan keadaan penerbangan yang tidak menentu ketika merentasi Yunnan dan Sichuan. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.