Setiausaha Sulit Kepada PM Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata Setiausaha Sulitnya, Datuk Mohd Po’ad Jelani telah meninggal dunia.

 

Perdana Menteri menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang teliti dalam melaksanakan tugasnya.

 

“Allahyarham telah bersama saya sejak sekian lama. Al-Fatihah,” kata Najib dalam catatan di laman Twitternya.

 

Beliau kini berada di Sarawak untuk lawatan dua hari. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.